Hello !
Hari ni tiba2 mahu buat entry pasal ni .
Resepi ni ialah ciptaan sendiri . Tapi sedap !~ *sedikit mengangkat bakul di situ * hahaha ~
Cuma tiada gambar sebab buat entry ni lepas habis sudah semua sayap ayam tu dibalun .
Si Boy pun suka makan masakan ni . :D
Bahan2 :
- Sayap ayam
- Sos plum Lee Kum Kee . *kalau tiada, sos plum Mibo pun boleh. cuma Lee Kum Kee lebih sedap rasanya*
- Madu
- Garam
- Ajinamoto
- Serbuk perasa Maggi * kalau tiada pun boleh *
- Minyak masak
Cara2 :
1. Bersihkan sayap ayam . Lumur dengan garam dan cuci kemudian toskan .
2. Perapkan sayap ayam dengan sedikit sos plum, madu , garam , ajinamoto serta serbuk perasa maggi .
3. Simpan sayap ayam dalam peti sejuk selama beberapa jam . Untuk kesedapan yang lebih terserlah, perap semalaman .
4 . Panaskan minyak . Perlahankan api kemudian goreng sayap ayam .
5 . Api mesti perlahan betul sebab sayap ayam ni mudah hangus . Kenapa ? Sebab ada madu .
Oleh itu , kawalan api adalah sangat penting dalam hal ini ! Sekian .
Mudahkan ?
:)
No comments:
Post a Comment
Hai ! :D
Drop your comments !