Saturday, 2 February 2013
Forgive other people is not hard as you think~
Seorang budak lelaki dilahirkan selepas sebelas tahun perkahwinan sepasang suami isteri . Mereka menyayangi anak mereka seperti menatang minyak yang penuh . Kini , budak itu telah pun berusia dua tahun . Pada suatu pagi , Si Suami melihat sebotol ubat yang tidak bertutup . Dia yang ketika itu telah lewat untuk pergi ke sekolah berpesan kepada isterinya untuk menutup botol ubat itu dan menyimpannya di dalam almari . Si Isteri yang sedang sibuk di dapur, terlupa akan pesanan suaminya .
Budak lelaki itu ternampak botol itu dan tertarik dengan warna cecair di dalam ubat itu lalu meminumnya sehingga habis.
Akibatnya , budak itu mengalami 'overdose' . Budak itu pengsan dan ibunya membawa dia ke hospital dengan segera . Ibunya takut untuk berhadapan dengan suaminya . Apabila Si Suami datang ke hospital , dia merenung isterinya dan mengucapkan empat patah perkataan .
Apakah yang diucapkannya??
" I love you , darling . "
Dia masih boleh mengucapkan kata cintanya sedangkan anak mereka telah mati . Baginya , tiada gunanya menyalahkan isterinya yang tercinta . Selain itu , jika dia mengambil sedikit masa untuk menyimpan botol itu , pasti semua ini tidak berlaku .Tiada gunanya menyalahkan sesiapa dalam hal ini . Isterinya juga kehilangan satu-satunya anaknya . Apa yang isterinya perlukan pada saat ini ialah sokongan dan simpati daripada suaminya . Inilah yang diberikan oleh suaminya kepadanya.
Pee/ass ~ Kadang-kala,kita membazirkan masa untuk bertanya , siapa yang bertanggungjawab atau siapa yang patut disalahkan ? Samada dalam suatu hubungan , dalam pekerjaan atau dengan orang yang kita kenal . Kita lupa bahawa kita patut memberi sokongan antara sesama manusia . Lagipun, bukankah memaafkan orang yang kita sayangi ialah perkara yang paling senang dalam dunia ini ? Hargai apa yang kita ada sekarang . Jangan menambahkan kesakitan , kesengsaraan dan keperitan dengan tidak memaafkan orang lain .Jika semua orang berfikiran sebegini , maka akan berkuranganlah masalah di dunia ini . Buang semua sikap cemburu , sikap kesukaran untuk memaafkan orang lain , sikap penting diri dan kebencian . Melalui semua itu , kita akn mendapati bahawa sesuatu perkara itu tidak sesukar yang kita fikirkan . ^^
Translated by ~ Qiara..
15 Nov 2010
1.16 p.m.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Hai ! :D
Drop your comments !