Saturday, 2 February 2013

Mataku..Mata Hatiku..Rambut mu..

Aku kenal dia sejak dari Tingkatan 1 lagi.. Kami telah berjanji untuk menyambung pelajaran ke menara gading bersama-sama. Lama-kelamaan , aku merasakan getar di dada ku apabila aku berjauhan dengannya . Aku memberanikan diri untuk meluahkan perasaan ku terhadapnya . Rupa-rupanya dia juga merasakan perasaan yang indah itu..

" Cantiknya rambut Yayang . Hitam dan ikal ," pujiku kepadanya. " Yayang suka tengok mata abang.. Bersinar tau.. Hehe.." katanya kepadaku..

" Sayang.. Bulan depan keluarga abang hantar rombongan meminang ya?"
" Baiklah bang. Berdebar pula rasanya. Hehe," katanya kepada ku.


__________________________________________________________________________________________________

* Selepas 3 tahun berkahwin *

" Weh ! Aku nak kuar nie ! Kau pandai-pandai la jaga diri kau . Kalau sakit, call mak kau . Hantar kau pegi hospital .! "
" Abang nak pergi mana tu ? "
" Wei ! Aku nak pergi mana,bukan urusan kau la Botak!"
" Abang ! Sampai hati abang cakap macam tu. Sayang tak minta pun kena penyakit barah ni taw !"
" Diamlah kau perempuan ! Aku tak nak tengok kau lagi ! Tak nak dengar suara kau lagi ! Aku benci kau ! "

Duummmm!!!!! * Pintu dihempas*

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Yang ku dengar cuma suara tangisan.. Tapi kenapa dunia ku gelap? Dimanakah aku berada? Suadah matikah aku?Aku cuba untuk membuka mulut berbicara..

" Sayang..abang kat mana nie?"
" Abang kat hospital . Abang kemalangan tadi ."


Aku cuba mengingati semula kejadian tadi . Oh Tuhanku! Aku berdosa terhadap isteriku ! Aku kemalangan semasa mangambil Suraya untuk keluar makan bersama . Suraya ialah setiausahaku yang juga merupakan perempuan simpananku !

Doktor mengesahkan aku buta kedua-dua mata kerana mataku terkena serpihan kaca semasa kemalangan itu berlaku . Oh! Aku merasakan dunia ku bagai gelap gelita! Bagaimana aku harus menyara keluarga ku?!

" Abang.. Jangan khuatir kerana sayang tidak akan pernah meninggalkan abang.. Sayang akan jaga abang sampai ke hembusan nafas sayang yang terakhir.. Cinta abang mungkin pudar kerana rambut sayang tidak secantik dulu tapi cinta sayng tidak akan pernah berubah malah sentiasa mekar kerana walaupun mata abang buta, namun sayang yakin bahawa mata hati abang belum buta dan sentiasa bersinar selama jantung abang berdetak.. "

Aku terharu dan tanpa ku sedari air mataku menitis laju. Aku menyesali semua perbuatan ku dan aku berjanji aku akan menjadi suami yang terbaik buat dirinya..


Moral value ~ Jangan mencintai wajah yang cantik kerana wajah itu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja tetapi cintailah hati yang suci murni kerana hati itu tidak akan berubah !




Original by~ Qiara
7 Nov 2010- 10:26 a.m.

No comments:

Post a Comment

Hai ! :D
Drop your comments !