Saturday, 2 February 2013

English is fun


Bahasa Inggeris ialah sejenis bahasa yang digunapakai di seluruh dunia. Kat Malaysia pun ramai guna bahasa Inggeris ni untuk berhubung atau menunjuk kepandaian. Bagi kaum wanita, bahasa Inggeris dapat memudahkan mereka menyebut perkataan tertentu seperti Vincci, Gucci, Dior sampai la ke perkataan susah seperti Louis Vuitton. Bagi lelaki, bahasa Inggeris memudahkan mereka mengeluarkan kata-kata kesat yang lebih ringkas dan sopan seperti Fuck dan Shit. So marilah belajar bahasa Inggeris. Hahaha.
  • 'The' adalah perkataan paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris.
  • T adalah yang huruf paling kerap digunakan di awal perkataan diikuti O, A, W dan B.
  • Typewriter ialah perkataan terpanjang dapat ditaip pada satu baris abjad di keyboard.
  • Hanya 4 perkataan Inggeris berkahir dengan '..dous' iaitu tremendous, hazardous, stupendous dan horrendous.
  • Ayat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan semua huruf yang ada dalam susunan abjad.
  • Tiada perkataan dalam bahasa Inggeris berirama seperti month, silver, orange, angst, scalp dan purple.
  • Hampir setengah daripada semua perkataan Inggeris berkahir dengan huruf E, T, D dan S.
  • Q adalah huruf paling sedikit digunakan, bukan Z.
  • E adalah huruf vokal paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris.
  • Untuk huruf konsonan, T adalah yang paling kerap digunapakai.
  • Hanya ada 2 perkataan Inggeris yang menggunakan kelima-lima huruf vokal mengikut turutannya iaitu Facetious dan Abstemious.
  • Level, Kayak dan Racecar ialah tiga perkataan Inggeris yang dapat dibaca dari depan ke belakang serta sebaliknya.
  • Dreamt adalah satu-satunya perkataan yang berakhir dengan '..mt'.
  • Lollipop adalah perkataan Inggeris terpanjang dapat ditaip dengan menggunakan tangan kanan.
  • Stewardesses pula perkataan Inggeris terpanjang dapat ditaip dengan menggunakan tangan kiri.
Oleh itu para pembaca sekalian marilah kita belajar bahasa Inggeris. Banyak kelebihannya seperti kita dapat menonton dan memahami America's Next Top Model, dapat membaca novel Harry Potter sambil menunjuk-nunjuk yang kita memahaminya atau mendengar lagu Taylor Swift tanpa perlu membelek kamus dwibahasa. So no need to shy to speak English. Good luck everybody.

No comments:

Post a Comment

Hai ! :D
Drop your comments !