17 Mei 2013.. 1.38 a.m.
Aku stay up.. And I did it on purpose . Why ? Sebab aku x mahu awal bangun besok . Since besok , 12 p.m , keputusan UPU keluar . And this time I didn't put too much hope on it . Sebab aku x mahu rasa sakit macam masa aku gagal dapat matriks hari tu.
Tadi Aien.D Meow post video di MP . Dia tujukan video tu untuk budak2 MP yang nda lama lagi mendaftar di matriks.. 19hb for KML if I not mistaken .. I watched that video for 3 times . Hahaha.. Lucu k . SANGAT !
Video tu pasal mumblers2 lawan2 yell.. I wish I were there .. Spending more time with them ..
Miss them so so so much !~
Kali ni aku nda akan ceritakan tentang dorang secara spesifik . Tapi aku mahu ceritakan macam mana kehadiran dorang membawa makna dalam hidup ku . * mengelikan dalam bm tapi sweet dalam bi . hahaha.. dan ak xda mood mahu b'bi malam ni *
Melangkah ke Sekolah Menengah Sains Lahad Datu dengan tiada rakan seperjuangan dari sekolah yang sama . Sendiri aku menggalas harapan ibu bapa ku . Aku tidak mengenali sesiapa pun di sekolah ini . Namun aku merasa teruja kerana inilah impian ku. Untuk menjadi pelajar SBP.
Sekolah yang berdiri teguh itu rupa-rupanya permulaan hidup perit bagi diriku . Aku berusaha . Berusaha menyesuaikan diriku . Berusaha berbuat baik dengan senior serta rakan-rakan batch yang sejak dari Ting 1 lagi berada di sana .
Kemudian ada seseorang yang berkata kepada ku. " Pergilah berkawan dengan budak2 form 4 yang baru masuk juga . Kami budak lama bukan tidak mahu terima kamu dalam geng kami tapi kami tidak biasa bgaul dengan budak skolah harian . "
Kenapa??? Kenapa dengan budak sekolah harian??? Apa salah kami??? Apa bezanya kami dengan mereka???
Aku mengerah segala saraf2 neuron otak ku untuk bekerja agar aku bisa mendapatkan jawapan bagi persoalan ini . Namun, buntu .
Pada suatu hari, aku dan Sabariah terlihat seorang yang nampak seperti seorang junior yang sedang menangis di tepi longkang kecil . Longkang itu terletak betul2 di bawah dorm ku . Kami pun menyapa dia .
" Kenapa kau menangis? " Jawabnya; " Aku homesick . " Tahulah aku bahawa dia juga seperti kami yang digelar Budak Form 4 Baru . Kami berusaha memujuknya sehingga dia tersenyum kembali . Dia memperkenalkan dirinya sebagai Aien .
Aku naik ke dorm . Duduk di katil termenung jauh . Aku ingin sekali berkawan dengan Aien dan juga rakan2 form 4 yang baru . Memandangkan kami sama2 tersisih, sama2 merindui rumah dan terbiasa dengan kehidupan sebagai pelajar sekolah harian maka aku pasti dan yakin bahawa kami akan berkawan dengan gembiranya . Aku tahu dan faham perasaan Aien . Aku juga merasakan hal yang sama sepertinya . Bezanya dia agak drastik kerana menangis di tepian longkang . Sementara aku hanya menangis selepas pukul 11 malam . Iaitu waktu selepas lampu dimatikan .
Keesokan harinya aku cuba mengenal pasti wajah2 yang turut menyertai orentasi Form 4 Baru pada minggu lepas . Kemudian, aku membawa mereka untuk sama2 menjalani aktiviti riadah . Hasilnya, positif. Kami memang boleh berkawan dan bergaul antara sesama kami membuatkan kami merasa bahagia . Tidak perlu berlakon skema , mengatur bicara . Kerana mereka sememangnya mumblers , seperti aku .
Sejak dari hari itu, kami selalu beriadah bersama-sama . Dan kenyataannya, ianya hanya nama semata2 . RIADAH . Tapi kami menja;aninya dengan membeli aiskrim di ko-op, duduk di tepi padang, mengeluh mengenai kehidupan . Again and again . Setiap hari tanpa jemu .
to be continued ...
p/s : Kamu, aku blank sudah . Nanti mcam syok sndri pula . Any idea???
Hahahhahahahahahhahahaahah! Amboi ! Sedap hati kaw mngolok aku Qia!! HAHAHA! Waduh2, penyek pipi ku ketawa! HAHAHAHA
ReplyDeleteAhahaa ~ peduli kau sna !~ :P
Deletenha .jgn jdi leper mcm pan cake ar.haha